Followers

Thursday, February 09, 2012

Pra-tonton & Review Hantu Dalam Botol Kicap

Hantu Dalam Botol Kicap


Hantu Dalam Botol Kicap sebuah lagi filem keluaran Metrowealth Pictures yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9hb Februari 2012. Melihat pada tajuknya sahaja sudah pasti anda boleh membayangkan genre filem ini. Komedi seram itulah pertaruhan terbaru pengarah, Azhari Zain dalam filem arahannya kali ini. Antara pelakon-pelakon yang membarisi filem ini ialah Mon Ryanti, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Mikael Andre, Maimon Mutalib dan Wawa Zainal.

Sinopsis Filem Hantu Dalam Botol Kicap
Ia mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap
Filem ini memaparkan komedi seram sebagai subjek utamanya. Dari awal babak hingga ke pengakhiran, elemen-elemen komedi seram disuntik dari minit ke minit bagi menarik minat penonton untuk terus menghayati dan bergelak ketawa menontonnya. Dari segi perwatakan, penulis merasakan kehadiran Angah Raja Lawak yang memegang watak Hantu juga agak mencuit hati. Dengan faktor fizikal yang besar dan memek muka yang bersahaja, Angah berjaya menghidupkan watak Hantu Dalam Botol Kicap.Pemilihan Maimon Mutalib memegang watak Nek Temah sangat tepat kerana kalau dilihat dalam filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Maimon sebelum ini, Maimon seringkali diberi peluang melakonkan watak perempuan tua yang mempunyai kepakaran dalam mengubati mereka yang menghidapi penyakit misteri seperti disampuk dan sebagainya dan lakonannya tidak menghampakan dan berjaya memainkan peranan dengan berkesan. Dari permulaan filem penonton akan menyaksikan teraju utama filem ini iaitu Azri (Mikael Andre), Epul (Zalif Sidek) dan Rina(Mon Ryanti) melakonkan watak adik beradik yang seringkali tidak bersependapat.Satu persatu masalah dicipta oleh mereka bertiga dan penulis 'enjoy' melihat lakonan bersahaja mereka. Ketiga-tiga mereka walaupun masih baru dalam industri seni namun punya potensi untuk terus mencipta nama dalam industri perfileman tahah air. Kewujudan satu watak misteri yang dilakonkan oleh Wawa Zainal berjaya menghidupkan elemen seram. Penulis pada awalnya sukar menjangka perkembangan watak Wawa namun sedikit demi sedikit baru penulis faham. Susah juga sebenarnya membawa watak perempuan yang dirasuk tetapi percubaan yang baik dari Wawa Zainal, juga punya potensi untuk lebih berjaya dalam bidang lakonan.
Dari segi plot dan penceritaan penulis tidak ada masalah akannya, kerana dari awal hingga ke akhir ia seimbang dan mood penonton tidak akan terganggu. Ia adalah sebuah filem yang mampu menarik minat penonton untuk berhibur sambil bergelak ketawa dengan tambahan elemen seram. Penulis syorkan jom ramai-ramai menonton filem ini dipawagam, jangan lupa tayangannya bermula pada 9hb Februari 2012. Buah tangan terbaru dari Metrowealth Pictures.Pasti anda enjoy !
Support industri perfileman tahah air !!


Rating 4/5



Sekitar Pra-tonton Hantu Dalam Botol Kicap

Mon Ryanti


Epy Raja Lawak



Wawa Zainal



Zalif Sidek, Mon Ryanti & Mikael Andre




Kenangan penulis bersama barisan pelakon-pelakon Hantu Dalam Botol Kicap dan Mr David Teo









No comments: