Followers

Monday, February 06, 2012

Malam Gala Filem Azura 2012

Malam Gala Filem Azura diadakan pada 30hb Januari 2012 bertempat di GSC One Utama. Ini adalah tayangan pra-tonton sebelum filem ini menjengah ke pawagam bermula pada 2hb Februari 2012. Mungkin ada diantara anda yang masih mengingati filem Azura versi dahulu yang menggandingkan Ogy dan Jamal Abdillah. Tetapi kali ni Azura hadir dengan versi yang berbeza. Teraju utama yang membintangi filem Azura 2012 ini adalah Shahrizal Jaszle dan Neelofa. Bagi Shahrizal Jazle atau dikenali dahulu dengan nama Shahz Jaszle ini adalah lakonan filem yang pertama bagi beliau. Sebelum ini, penulis lebih melihat Shahz berlakon dalam drama-drama di kaca televisyen antaranya Gemilang dan Asmara yang pernah hit suatu masa dahulu. Juga ini adalah filem pertama Neelofa di layar perak selepas memenangi gelaran Dewi Remaja.
Filem Azura 2012 memaparkan kisah cinta Zek (lakonan Shahrizal) dan Azura (Neelofa) dimana cinta menjadi subjek utama filem ini dan konflik berlaku apabila perhubungan mereka dihalang.Halangan yang timbul ini menimbulkan kesukaran buat perhubungan mereka. Satu persatu diuji dan mampukah mereka mengatasi masalah yang timbul ? atau terlalu mengikut perasaan ? apakah mereka perlu berkorban? semuanya terjawab dalam filem ini. Tahniah buat Ace Motion Pictures terutama pengarahnya sendiri, Aziz M Osman kerana menerbitkan semula filem Azura versi 2012 ini dan tidak lupa kepada Shahrizal Jaszle dan Neelofa. Bagi penulis mereka melakonkan watak dengan baik. Senang cerita, untuk filem pertama mereka tidak menghampakan dan berpotensi untuk menjadi lebih baik untuk filem-filem yang akan datang. Bagi yang belum menonton silalah ke pawagam berhampiran untuk menyaksikan filem Azura 2012.

Rating : 3.5/5






Sekitar sidang media





Hafiz dan Mimi Sham turut hadir dan menyampaikan lagu Sandarkan pada kenangan pada malam gala tersebut.



with Izara Aishah


with Awi Rafael



with Hafiz, Juara AJL26 baru-baru ini




No comments: