gravatar

Inilah dia Alyssa Bernal

Dari hchsknights08 kini menjadi alyssa bernal..
aku sungguh teruja dan asyik mendengarnya.
dia punya segala-galanya..
aku kini lemas dalam muziknya..
really really luv her voice



Im Yours acoustic - Alyssa Bernal

vc credit to : Alyssa Bernal



Love Story - Alyssa Bernal

vc credit to : Alyssa Bernal

gravatar

Ika Nabila @ Malam Sehati Berdansa

Dah lama tak tengok Ika menari..
Jom saksikan penampilan khas Ika bersama pelakon-pelakon Kau & Aku yang lain seperti Mila, Akim, Nonny, Aril & Amar pada penutup minggu ke-2 Sehati Berdansa 3 .Kisah Kita Berdua @ Sehati Berdansa 3.



vc credit to : procompsognathus737



selepas recording Sehati Berdansa minggu ke-2.

gravatar

Menatap Matamu - Aril AF7

Sedap melodi lagu ni..dinyanyikan oleh Aril AF7.Oh yaa,lagu ni merupakan OST untuk drama hiburan Kau & Aku yang kini ditayangkan di Astro Ria.



credit:youandme1810


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

gravatar

Majlis Aidilfitri bersama Noni & Ika

Alhamdulillah..segalanya selesai. Rasanya belum terlambat untuk aku postkan pasal entry Majlis Aidilfitri bersama Noni & Ika yang diadakan pada 10hb Okt 2009 yg lepas. Venue? kali ni diadakan di Restoran Lemon, Mines Shopping Fair. Mula-mula agak pening juga nak dptkan tarikh yg betul betul sesuai.Ada yang 10hb available dan ada yang 11hb pulak available..belum lagi dicampur dengan kenduri kahwin, rumah terbuka, rumah tertutup dan sebagainya. Setelah diskus2 bersama antara komuniti peminat Noni & Ika, akhirnye 10hb dipilih jugak sebagai tarikh mengadakan majlis aidilfitri bersama Noni & Ika. Kedua duanya berlakon dalam drama hiburan Kau & Aku yang telah pun keudara episod 1 pada 24 Okt. Selalulah check di Astro Ria drama 26 episod ni. Menarik juga coz ramai bintang AF yang berlakon dalam tu.
Selain menikmati buffet raya yg disajikan..erm menyelerakan ade sate, turut ade aktiviti2 seperti musical box, sesi soal jawab tentang drama Kau & Aku, sesi berlakon dan mcm2 lagi. Ika turut memperdengarkan single terbarunya berjudul "Tiada rasa" duet bersama Aliff Razali salah seorang bekas pelajar AF6 juga. Ada juga pakaian lelaki dan wanita terbaik yg dipilih berdasarkan tema hari raya itu sendiri. Pemilihan bukan dijalankan oleh aku yer..
Thanks untuk semua yang hadir dan yg memberi komitmen. Thanks pada Noni & Ika. Thanks pada Kak Julia dan rakan-rakan yg banyak membantu. Kalau nak sebut satu-satu, aku takut terlepas nama.Ada tertinggal lagi ke nama? Sorrylah kalau terlupa sebut. Sebab tu aku mention untuk semua ...hehe. Thanks pada dua pengacara hari tu Apu dan Nora.Rakan-rakan dalam Kau & Aku juga datang support mcm Fateen @ Cici, Farish, Amar dan beberapa krew produksi Kau & Aku.
Jangan lupa tonton Kau & Aku. Hanya di Astro Ria. Ika Nabila sebagai Fitri dan Nonny Nadirah sebagai Lisa.
Aku nak share beberapa pic semasa event tu..

























gravatar

6ixth Sense - Khatimah Cinta

Satu lagi video menyusul juga dari 6ixth Sense. Dirakamkan di Shah Alam sempena satu karnival.
Enjoy.......

gravatar

Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta

video ni aku ambil semasa di One Utama tak lama dulu. Liyana Jasmay dengan band nya. Aku hanya ambil satu vc. Kalau tak silap dekat 3 lagu dorang perform. Enjoy dis song.. Aku Tak Percaya Cinta.

gravatar

6ixth Sense - Tanpa

Video persembahan 6ixth Sense ni diambil semasa mereka menjayakan satu karnival di Shah Alam tidak lama dahulu. Masa ini mereka perform dengan lagu Tanpa. Ada lagi beberapa lagu yang belum diupload. Enjoy yang ini dulu...orite..

gravatar

Papadom


Filem Papadom awal-awal lagi telah mencipta sejarahnya ketika belum ditayangkan apabila memenangi 5 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22(FFM22) pada bulan Ogos yang lepas. Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik melalui Afdlin Shauki, Pelakon Wanita Terbaik melalui Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik
Secara jujurnya memang aku menantikan filem ini ditayangkan di pawagam dan selepas ditayangkan pada umum pada 8 Oktober lepas aku berpeluang menonton filem ini.
Fuhh..inilah kali pertama dalam hidup aku, aku tonton cerita yang sama dua kali pada hari yang sama. Papadom permulaan cerita yang mengisahkan tentang kisah seorang lelaki bernama Saadom yang menjalankan perniagaan Nasi Kandar dan papadom menjadi sumber utama menu Nasi Kandarnya dan dalam masa yang sama beliau mempunyai seorang isteri bernama Munira.
Dalam kesibukan berniaga, Saadom juga telah dikurniakan puteri yang bernama Miasara.
Kalau diikutkan menarik juga tajuk filem ini. Papa + Saadom = Papadom.
Kalau digabungkan nama papa dan Saadom lahirlah Papadom.

Kehilangan seorang isteri membuatkan Saadom benar-benar berubah dan lebih bertanggungjawab untuk menjaga Miasara. Dari kecil sehinggalah Miasara ke IPTA, macam-macam perkara yang dilakukan Saadom yang adakalanya membuatkan Miasara terasa dikongkong oleh ayahnya sendiri.

Selain Afdlin Shauki, Liyana Jasmay dan NoorKhiriah, Papadom turut diperkuatkan lagi oleh Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Que Haidar, Vanidah Imran, Harun Salim Bachik, Chelsia Ng dan ramai lagi.

Aku mengakui ada babak yang membuatkan aku tersentuh dan ada babak yang membuatkan gelak ketawa . Sememangnya filem ini layak diangkat sebagai filem terbaik malahan sesuai untuk semua golongan menontonnya.

Antara babak yang menarik yang aku suka ialah ketika Liyana bersiap-siap hendak ke sekolah (memang pandai dia ni melakonkan watak), ketika dipadang sekolah dimana ketika itu Farid Kamil menjalankan penggambaran di sana, juga babak dimana Afdlin berdua bersama Vanidah menikmati Papadom, babak Que menjelaskan erti confius kepada Vanidah, babak Afdlin tengah "beremosi" kepada tanah dan paling touching ketika babak penayangan filem pendek karya Liyana di penghujung cerita. Wow..dalam hati aku..betul betul feel....

Apa lagi yang mampu aku gambarkan lagi tentang filem ini. Tidak meleret dan tidak membosankan.
Sememangnya terbaik untuk ditonton. Kali pertama aku menonton aku terlupa akan latar belakang muzik cerita ini dek asyik menghayati jalan ceritanya.
5 bintang..full stop. Itu penjurian aku tentang filem ini.