Ini pandangan dari jalan utama kedudukan Lorong Bandar 13 atau Lorong Tikus. Gerai Nasi Beriani Tajudin ini betul betul nombor dua dari tepi sebelah gerai menjual buah.Jangan salah gerai sudahla sebab setahu aku ada lagi satu gerai Nasi Beriani dalam lorong ini tetapi yang paling sedap dan best Nasi Beriani Tajudin ini. Kalau time lunch office hour memang panjang la orang tengah beratur menunggu giliran. First time aku cuba Nasi Beriani ini pun atas rekemen dari kawan-kawan.Tetapi perlu diingat tapau yer coz dekat sini aku tak galakkan makan dekat sini sebab kekurangan tempat sangat-sangat dan sempit.Memang kebanyakan yang beli Nasi Beriani ni memang bungkus pun sebab dekat sini bukan macam restoran ada meja khas dan sebagainya.
Contoh Nasi Beriani Tajudin. Harga dia nasi beriani dan ayam goreng RM5 sahaja. Murah bukan?Murah dan sedap. Ada juga lauk-pauk lain macam ayam kurma,ayam masak merah,kambing,daging,telur,sayur..ikut selera masing-masing nak tambah apa.Pernah dalam seminggu..3 hari berturut-turut aku lunch Nasi Beriani Tajudin ni.Terbukti terbaik !! Jadi untuk korang yang lalu area sini, aku galakkan cuba ya..kalau malas datang disediakan khidmat delivery untuk mereka yang bekerja di sekitar area bandar.Tapi setahu aku kena order banyak la baru boleh delivery.Setakat ini aku anggap Nasi Beriani Tajudin paling terbaik di KL.Tengok berapa ramai org yg beli pun kita dah tau confirm tempat ni memang best.Oh ya jangan datang Hari Ahad dan cuti umum sebab tak bukak ..then lastly dibuka dari jam 10pagi sampai 4ptg..
No comments:
Post a Comment