Followers

Thursday, November 17, 2011

Si Tudung Tweet


16 November 2011 tepat jam 8.30 malam sebuah telemovie menarik disiarkan di TV9 berjudul Si Tudung Tweet. Telemovie yang idea asalnya dicetuskan oleh Liyana Jasmay dan Tam Suhaimi ini dilakonkan oleh Liyana Jasmay sendiri, Juliana Evans, Izzue Islam(juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Forteen), Natasha Hudson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Jom kita luang sedikit masa untuk membaca satu persatu sinopsis telemovie ini dibawah.

SINOPSIS SI TUDUNG TWEET
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.
Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.


Yang menarik tentang telemovie ini sudah tentu berkisar kepada dunia remaja di kolej ditambah lagi dengan penggunaan medium social network yang diketengahkan dalam telemovie ini seperti facebag dan twitjer (oh ya penggunaan facebag dan twitjer mungkin dicetuskan sendiri oleh penulis skrip tetapi konsepnya tetap sama seperti facebook dan twitter, sudah tentu ini adalah telemovie jadi mungkin penulis skrip ingin menampilkan sedikit kelainan dari segi penggunaan kata).Liyana Jasmay sendiri sebagai Zubaidah memegang watak pelajar bertudung dan merupakan subjek utama dalam telemovie ini. Gelagat pelajar-pelajar kolej dalam kehidupan seharian di kolej dan di asrama dipaparkan dalam telemovie ini. Pelbagai kisah pahit,manis,suka dan duka yang akan anda lihat dalam telemovie. Harus anda tonton jika anda mahu melihat satu kelainan yang ditampilkan oleh cerita ini. Kelainan yang dimaksudkan adalah sekumpulan pelajar jurusan fesyen yang berdepan depan konflik yang dicetuskan oleh mereka sendiri hasil social network.
Tonton sampai habis dan tamat cerita pasti ade mesej yang berguna untuk kita semua.

Untuk mereka yang terlepas melayari telemovie ini boleh tonton secara online di http://www.tonton.com.my





2 comments:

shamyheart said...

Ingatkan ada betul twitjer tu sebab nampak interface laman webnya dalam telemovie ni.

Kreatif, twitjer dan facebag.

romi flizz said...

mungkin ini idea penulis skrip supaya taklah nampak sama..tapi secara realiti nya mmg xde la ..hehe..tq for feedback..:)