Followers

Thursday, November 10, 2011

Telemovie Kekasih Awal Dan Akhir


Pada 9 November 2011 lepas, TV9 menayangkan satu telemovie berjudul "Kekasih Awal Dan Akhir" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Siti Saleha dan Fouziah Gous. Menariknya ini adalah telemovie pertama yang diarahkan oleh Aaron Aziz sendiri.

Jom kita ikuti sinopsis telemovie ini

‘Kekasih Awal dan Akhir’ menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat. Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung. Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.


Sekalung tahniah buat Aaron Aziz kerana memberanikan diri ke dunia pengarahan..setidak-tidaknya Aaron Aziz juga membuktikan bahawa beliau bukan sekadar boleh berlakon tetapi mampu juga duduk di atas kerusi pengarah. Percubaan pertama beliau tidak menghampakan. Siti Saleha yang meninggalkan impak dikalangan penonton setia drama Nora Elena kembali bergandingan bersama Aaron Aziz. Nyata keserasian gandingan ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang punya 'chemistry' dan inilah yang penonton nanti-nantikan.Kesudahan telemovie ini sungguh tidak diduga sama sekali. Cinta kadangkala memerlukan pengorbanan. Nak tahu kesudahannya ? Senang sahaja, bagi anda yang terlepas menonton telemovie ini jangan lupa boleh menonton secara online di http://www.tonton.com.my





No comments: