Followers

Wednesday, January 18, 2012

Pra-tonton filem Bujang Terlajak

Bujang Terlajak sebuah filem terbitan Line Clear Motion Pictures dibawah arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen. Dibintangi Nur Fazura, Saiful Apek, Johan Rajalawak, Nabil Rajalawak, Mustapha Kamal dan ramai lagi. Permulaan yang baik bagi filem genre komedi untuk tahun 2012. Selepas habis pra-tonton Bujang Terlajak di GSC Signature,Gardens apa yang boleh aku simpulkan ini adalah antara filem komedi terbaik Prof Razak. Memang aku akui ada beberapa babak yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia . Bukan senang nak membuatkan orang tergelak besar bukan?Jadi apabila secara spontan aku tergelak sampai peringkat macam tu, aku menganggap komedi dalam filem ini berjaya menambat minat aku . Gandingan Apek,Johan dan Nabil sebagai 3 sahabat tidak perlu diragui. Mereka ada 'chemistry' bergandingan bersama malahan pemilihan Fazura sebagai gadis yang dipujai oleh 3 jejaka tersebut bertepatan sekali. Jalan cerita filem ini berkisar tentang usaha 3 jejaka yang ingin memikat seorang gadis tetapi apabila gadis tersebut mengimpikan bakal suaminya seorang yang kurang upaya atau OKU maka ketiga-tiga jejaka tersebut menyamar menjadi buta,pekak dan bisu. Gadis tersebut amat mengagumi kepayahan dan semangat ibunya dalam menjaga ayahnya yg merupakan seorang yg tergolong dalam OKU maka atas sebab itu dalam mencari bakal suami kelak dia mahu menjadi seperti ibunya juga. Deretan dan pelbagai peristiwa yang boleh kita lihat dari babak ke babak tentang usaha 3 jejaka memikat gadis tersebut. Apa yang boleh aku rumuskan cerita ini sesuai untuk tontonan kita semua untuk berhibur dan bergelak ketawa. Filem ini bakal menjengah ke pawagam pada 19 Januari 2012. Ayuh kita semua sokong industri perfileman tanah air kita.


Berikut beberapa gambar sekitar pra-tonton Bujang Terlajak











2 comments:

KeMatZ said...

wow macam menarik jer .... :D

romi flizz said...

best kalo nak bergelak ketawa..tontonlah..cite xberat..santai2 nk ketawa..