Pekan Frinjan 4.0
Ini adalah kali kedua aku join Pekan Frinjan. Sebelum ni version 2.0 dan kali ini pada 25hb July lepas version 4.0 . Version 3.0 aku tak sempat mengikuti kerana ada urusan lain.Event bermula sejak dari petang sampai ke larut malam..
Tapi aku hanya memunculkan diri bila langit bergelap yakni pada malamnya sahaja kerna sudah diaturcara siapa yang akan perform dan waktunya bila
Antara teman-teman yang ku lihat ada di sana adalah Zam dan Sue. Mereka berdua ni sepakat menghadirkan diri pada petangnya sambil dapat berjalan-jalan seketika bersama ....meluahkan segala-galanya..muahahahaha. Aku hadir dengan Fais...Sempat menjamah Char Kuew Teow seketika di perkarangan laman..tidaklah sedap atau tidaklah tak sedap..boleh dikatakan biasa biasa sahaja.
Aku kongsikan sedikit 4 video klip yang aku ambil hari itu..ada lagi tapi belum diupload ke dalam Youtube memandangkan aku rasa ada yang tak kena pada sistem bunyi semasa event itu. Tak hairanlah jika ada persembahan yang terganggu sedikit kerana masalah tersebut. Tak semua perfect bukan. Kalau begitu harap2 masalah ini dapat diatasi untuk event pekan frinjan seterusnya.
Banyak yang aku tonton...nak sebut satu satu ..panjang pulak..
ada Fared Ayam dan Zahiril...ada cikbee si Beeha..ada PyanHabib ...
Dah melalut panjang aku..mungkin ada yang tak pernah tahu pasal event Pekan Frinjan ni..die ada segala-galanya. Seni itu luas..ada yang membaca puisi..mendeklamasikan sajak..ada yang bersama band mempersembahkan lagu sendiri..ada yang memetik gitar menyampaikan lagu ..
So bagi sesiapa yang ada bakat terpendam hubungilah penganjur..carilah di Facebook..Pekan Frinjan ..dan untuk mengetahui tentang info-info untuk acara mendatang..
Acara ni habis lebih kurang tengah malam jugak.
Sebelum balik..aku, fais, zam dan sue..melepak di William, KJ...
memesan makanan yang sama..pelik bukan?kalau nak tahu pelik lagi datanglah melepak di William.hihi.
ini kali pertama aku jadi pelanggan terakhir di William..
sebabnya sampai ke tiga pagi lebih di sana..
dan hari itu aku baru tahu..ohhh william bukan bukak sampai kul 6-7 pagi..
so dalam 3 pagi tu faham-fahamlah yer..
Hibur seketika dengan 4 video di bawah..Fared Ayam dan Zahiril serta Beeha.
p/s : menunggu untuk acara Frinjan seterusnya..agaknya bila?





















































































