Followers

Monday, January 30, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26)

Juara - Awan Nano ( Hafiz)
Naib Juara - Beribu Sesalan (3 Suara Shila,Ning,Jac)
Ke-3 - Karma (Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik - Kisah Hati (Alyah)
Vokal Terbaik - Awan Nano (Hafiz)

Tahniah buat Datuk M.Nasir kerana lagu ciptaan beliau berjaya menjuarai AJL ke-26 kali ini dengan melodi yang cukup indah ditambah pula dengan lirik ciptaan Budi Hikayat yang memberi 'jiwa' ke atas lagu tersebut . Hafiz berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sekali dan beliau memang layak diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam tersebut. Apa-apapun tahniah buat kesemua finalis yang bertanding pada malam AJL26.Moga industri muzik kita akan terus berkembang selepas ini.




Friday, January 27, 2012

Senarai Top 5 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011

Mungkin ada diantara korang yang tertanya-tanya tentang barisan artis yang tercalon dalam top 5 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011.Berikut senarai top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingan dan akan diumumkan Sabtu ini 28hb Januari 2012 pada jam 7.30mlm - 11.00mlm semasa konsert berlangsung. Pilihan korang ?



video credit to : MediaHiburan






Wednesday, January 25, 2012

Konsert & Anugerah PPMH2011/2012

Konsert & Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012.
Tarikh: 28 Jan 2012 (Sabtu)
Masa:7.30mlm-11mlm

Inilah first time Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan diselitkan dengan konsert dan diadakan secara terbuka di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Konsert & Anugerah PPMH ini kemuncak daripada Karnival Karangkraf 2012 yang diadakan di lokasi yang sama dan berlangsung dari 27 hingga 29 Januari bermula jam 9.00 pagi dan menjual pelbagai buku-buku dan majalah terbitan Karangkraf.
Jom ramai-ramai kalau free kita datang support !!




Tuesday, January 24, 2012

Vanilla Coklat


Menarik juga drama Vanilla Coklat ini. Lakonan Izara Aishah. Jom sama-sama kita saksikan di TV3 di Slot Lestary. Setiap Selasa pukul 9mlm. Untuk sesiapa yang terlepas apa kata kita layari http://www.tonton.com.my . Berikut sinopsis drama Vanilla Coklat.Drama ini turut dibintangi oleh Aiman Mentor, Nabila Daly, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Sinopsis Vanilla Coklat


Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?





Wednesday, January 18, 2012

Pra-tonton filem Bujang Terlajak

Bujang Terlajak sebuah filem terbitan Line Clear Motion Pictures dibawah arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen. Dibintangi Nur Fazura, Saiful Apek, Johan Rajalawak, Nabil Rajalawak, Mustapha Kamal dan ramai lagi. Permulaan yang baik bagi filem genre komedi untuk tahun 2012. Selepas habis pra-tonton Bujang Terlajak di GSC Signature,Gardens apa yang boleh aku simpulkan ini adalah antara filem komedi terbaik Prof Razak. Memang aku akui ada beberapa babak yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia . Bukan senang nak membuatkan orang tergelak besar bukan?Jadi apabila secara spontan aku tergelak sampai peringkat macam tu, aku menganggap komedi dalam filem ini berjaya menambat minat aku . Gandingan Apek,Johan dan Nabil sebagai 3 sahabat tidak perlu diragui. Mereka ada 'chemistry' bergandingan bersama malahan pemilihan Fazura sebagai gadis yang dipujai oleh 3 jejaka tersebut bertepatan sekali. Jalan cerita filem ini berkisar tentang usaha 3 jejaka yang ingin memikat seorang gadis tetapi apabila gadis tersebut mengimpikan bakal suaminya seorang yang kurang upaya atau OKU maka ketiga-tiga jejaka tersebut menyamar menjadi buta,pekak dan bisu. Gadis tersebut amat mengagumi kepayahan dan semangat ibunya dalam menjaga ayahnya yg merupakan seorang yg tergolong dalam OKU maka atas sebab itu dalam mencari bakal suami kelak dia mahu menjadi seperti ibunya juga. Deretan dan pelbagai peristiwa yang boleh kita lihat dari babak ke babak tentang usaha 3 jejaka memikat gadis tersebut. Apa yang boleh aku rumuskan cerita ini sesuai untuk tontonan kita semua untuk berhibur dan bergelak ketawa. Filem ini bakal menjengah ke pawagam pada 19 Januari 2012. Ayuh kita semua sokong industri perfileman tanah air kita.


Berikut beberapa gambar sekitar pra-tonton Bujang Terlajak











Senarai Top5 ABPBH 2011

Senarai Top 5 untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Penyanyi lelaki popular:

1 – Faizal Tahir
2 – Anuar Zain
3 – Aizat
4 – Hafiz
5 – Black

Penyanyi wanita popular :
1 – Najwa Latif
2 – Yuna
3 – Stacy
4 – Alyah
5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan popular :
1 – 6ixth Sense
2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
3 – Meet Uncle Hussain/Hazama
4 – Bunkface
5 – Forteen

Artis baru lelaki popular:
1 – Johan Ariff As’ari
2 – Hazama
3 – Awi Rafael
4 – Aeril Zafrel
5 – Beto Khusyairi

Artis baru wanita popular :
1 – Tasha Shilla
2 – Najwa Latif
3 – Neelofa
4 – Nur Fathia
5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki popular :
1 – Aaron Aziz
2 – Shaheizy Sam
3 – Adi Putra
4 – Syamsul Yusof
5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita popular:
1 – Lisa Surihani
2 – Maya Karin
3 – Diana Danielle
4 – Yana Samsudin
5 – Eja

Pelakon TV lelaki popular :
1 – Aaron Aziz
2 – Adi Putra
3 – Remy Ishak
4 – Fizz Fairuz
5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita popular:
1 – Fasha Sandha
2 – Tiz Zaqyah
3 – Scha Alyahya
4 – Nora Danish
5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki popular:
1 – Zizan Razak
2 – Johan
3 – Nabil
4 – Along Cham
5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita popular :
1 – Noorkhiriah
2 – Sharifah Shahira
3 – Didie Alias
4 – Kenchana Dewi
5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki popular:
1 – Aznil Nawawi
2 – Faizal Ismail
3 – Ally Iskandar
4 – Awal Ashaari
5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita popular :
1 – Fara Fauzana
2 – Cheryl Samad
3 – Sharifah Shahira
4 – Raja Azura
5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki popular:
1 – Faizal Ismail
2 – Aznil Nawawi
3 – AG
4 – Halim Othman
5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita popular:
1 – Fara Fauzana
2 – Linda Onn
3 – Raja Azura
4 – Abby Fana
5 – Sharifah Shahira


Tahun ini trofi Bintang Paling Popular tanpa ragu-ragu akan mengatakan ia bakal menjadi milik aktor Aaron Aziz.