Followers

Saturday, March 24, 2012

Nasi Beriani Tajudin @ Lorong Bandar 13

Okay, kali ini aku nak memperkenalkan Nasi Beriani paling sedap dan best di KL. Korang mesti cuba dan rasa sendiri kenikmatan Nasi Beriani Tajudin di Lorong Bandar 13, Lebuh Pasar Besar. Lokasi dia senang sahaja tak jauh dari Central Market..kalau korang dah betul betul berada di Central Market bermakna kira dah sampai la tu.Tak jauh dari bus stop Central Market,korang mesti nampak HSBC Bank yg terletak betul-betul dengan simpang empat.Simpang empat tu pula kalau kiri kita akan menuju ke arah Dataran, kala terus kita ke arah area Masjid Jamek, kalau ke kanan menghala ke area Kotaraya ..cuba korang menghala ke kanan dan akan jumpalah lorong bandar 13 seperti dalam gambar dibawah. Lorong bandar 13 ini juga dikenali dengan nama lorong tikus.
Ini pandangan dari jalan utama kedudukan Lorong Bandar 13 atau Lorong Tikus. Gerai Nasi Beriani Tajudin ini betul betul nombor dua dari tepi sebelah gerai menjual buah.Jangan salah gerai sudahla sebab setahu aku ada lagi satu gerai Nasi Beriani dalam lorong ini tetapi yang paling sedap dan best Nasi Beriani Tajudin ini. Kalau time lunch office hour memang panjang la orang tengah beratur menunggu giliran. First time aku cuba Nasi Beriani ini pun atas rekemen dari kawan-kawan.Tetapi perlu diingat tapau yer coz dekat sini aku tak galakkan makan dekat sini sebab kekurangan tempat sangat-sangat dan sempit.Memang kebanyakan yang beli Nasi Beriani ni memang bungkus pun sebab dekat sini bukan macam restoran ada meja khas dan sebagainya.

Contoh Nasi Beriani Tajudin. Harga dia nasi beriani dan ayam goreng RM5 sahaja. Murah bukan?Murah dan sedap. Ada juga lauk-pauk lain macam ayam kurma,ayam masak merah,kambing,daging,telur,sayur..ikut selera masing-masing nak tambah apa.
Pernah dalam seminggu..3 hari berturut-turut aku lunch Nasi Beriani Tajudin ni.Terbukti terbaik !! Jadi untuk korang yang lalu area sini, aku galakkan cuba ya..kalau malas datang disediakan khidmat delivery untuk mereka yang bekerja di sekitar area bandar.Tapi setahu aku kena order banyak la baru boleh delivery.Setakat ini aku anggap Nasi Beriani Tajudin paling terbaik di KL.Tengok berapa ramai org yg beli pun kita dah tau confirm tempat ni memang best.Oh ya jangan datang Hari Ahad dan cuti umum sebab tak bukak ..then lastly dibuka dari jam 10pagi sampai 4ptg..




Thursday, February 09, 2012

Pra-tonton & Review Hantu Dalam Botol Kicap

Hantu Dalam Botol Kicap


Hantu Dalam Botol Kicap sebuah lagi filem keluaran Metrowealth Pictures yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 9hb Februari 2012. Melihat pada tajuknya sahaja sudah pasti anda boleh membayangkan genre filem ini. Komedi seram itulah pertaruhan terbaru pengarah, Azhari Zain dalam filem arahannya kali ini. Antara pelakon-pelakon yang membarisi filem ini ialah Mon Ryanti, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Mikael Andre, Maimon Mutalib dan Wawa Zainal.

Sinopsis Filem Hantu Dalam Botol Kicap
Ia mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap
Filem ini memaparkan komedi seram sebagai subjek utamanya. Dari awal babak hingga ke pengakhiran, elemen-elemen komedi seram disuntik dari minit ke minit bagi menarik minat penonton untuk terus menghayati dan bergelak ketawa menontonnya. Dari segi perwatakan, penulis merasakan kehadiran Angah Raja Lawak yang memegang watak Hantu juga agak mencuit hati. Dengan faktor fizikal yang besar dan memek muka yang bersahaja, Angah berjaya menghidupkan watak Hantu Dalam Botol Kicap.Pemilihan Maimon Mutalib memegang watak Nek Temah sangat tepat kerana kalau dilihat dalam filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Maimon sebelum ini, Maimon seringkali diberi peluang melakonkan watak perempuan tua yang mempunyai kepakaran dalam mengubati mereka yang menghidapi penyakit misteri seperti disampuk dan sebagainya dan lakonannya tidak menghampakan dan berjaya memainkan peranan dengan berkesan. Dari permulaan filem penonton akan menyaksikan teraju utama filem ini iaitu Azri (Mikael Andre), Epul (Zalif Sidek) dan Rina(Mon Ryanti) melakonkan watak adik beradik yang seringkali tidak bersependapat.Satu persatu masalah dicipta oleh mereka bertiga dan penulis 'enjoy' melihat lakonan bersahaja mereka. Ketiga-tiga mereka walaupun masih baru dalam industri seni namun punya potensi untuk terus mencipta nama dalam industri perfileman tahah air. Kewujudan satu watak misteri yang dilakonkan oleh Wawa Zainal berjaya menghidupkan elemen seram. Penulis pada awalnya sukar menjangka perkembangan watak Wawa namun sedikit demi sedikit baru penulis faham. Susah juga sebenarnya membawa watak perempuan yang dirasuk tetapi percubaan yang baik dari Wawa Zainal, juga punya potensi untuk lebih berjaya dalam bidang lakonan.
Dari segi plot dan penceritaan penulis tidak ada masalah akannya, kerana dari awal hingga ke akhir ia seimbang dan mood penonton tidak akan terganggu. Ia adalah sebuah filem yang mampu menarik minat penonton untuk berhibur sambil bergelak ketawa dengan tambahan elemen seram. Penulis syorkan jom ramai-ramai menonton filem ini dipawagam, jangan lupa tayangannya bermula pada 9hb Februari 2012. Buah tangan terbaru dari Metrowealth Pictures.Pasti anda enjoy !
Support industri perfileman tahah air !!


Rating 4/5



Sekitar Pra-tonton Hantu Dalam Botol Kicap

Mon Ryanti


Epy Raja Lawak



Wawa Zainal



Zalif Sidek, Mon Ryanti & Mikael Andre




Kenangan penulis bersama barisan pelakon-pelakon Hantu Dalam Botol Kicap dan Mr David Teo









Monday, February 06, 2012

Malam Gala Filem Azura 2012

Malam Gala Filem Azura diadakan pada 30hb Januari 2012 bertempat di GSC One Utama. Ini adalah tayangan pra-tonton sebelum filem ini menjengah ke pawagam bermula pada 2hb Februari 2012. Mungkin ada diantara anda yang masih mengingati filem Azura versi dahulu yang menggandingkan Ogy dan Jamal Abdillah. Tetapi kali ni Azura hadir dengan versi yang berbeza. Teraju utama yang membintangi filem Azura 2012 ini adalah Shahrizal Jaszle dan Neelofa. Bagi Shahrizal Jazle atau dikenali dahulu dengan nama Shahz Jaszle ini adalah lakonan filem yang pertama bagi beliau. Sebelum ini, penulis lebih melihat Shahz berlakon dalam drama-drama di kaca televisyen antaranya Gemilang dan Asmara yang pernah hit suatu masa dahulu. Juga ini adalah filem pertama Neelofa di layar perak selepas memenangi gelaran Dewi Remaja.
Filem Azura 2012 memaparkan kisah cinta Zek (lakonan Shahrizal) dan Azura (Neelofa) dimana cinta menjadi subjek utama filem ini dan konflik berlaku apabila perhubungan mereka dihalang.Halangan yang timbul ini menimbulkan kesukaran buat perhubungan mereka. Satu persatu diuji dan mampukah mereka mengatasi masalah yang timbul ? atau terlalu mengikut perasaan ? apakah mereka perlu berkorban? semuanya terjawab dalam filem ini. Tahniah buat Ace Motion Pictures terutama pengarahnya sendiri, Aziz M Osman kerana menerbitkan semula filem Azura versi 2012 ini dan tidak lupa kepada Shahrizal Jaszle dan Neelofa. Bagi penulis mereka melakonkan watak dengan baik. Senang cerita, untuk filem pertama mereka tidak menghampakan dan berpotensi untuk menjadi lebih baik untuk filem-filem yang akan datang. Bagi yang belum menonton silalah ke pawagam berhampiran untuk menyaksikan filem Azura 2012.

Rating : 3.5/5






Sekitar sidang media





Hafiz dan Mimi Sham turut hadir dan menyampaikan lagu Sandarkan pada kenangan pada malam gala tersebut.



with Izara Aishah


with Awi Rafael



with Hafiz, Juara AJL26 baru-baru ini




Sunday, February 05, 2012

Aku, Dia & FB


Sinopsis drama Aku, Dia & FB
Aku, Dia & FB ini mengisahkan ragam rumah tangga Farisya dan Fiona di mana mereka mula gelisah terhadap pasangan masing-masing sejak gejala laman sosial internet semakin popular dan membimbangkan. Fiona telah memberi idea kepada Farisya untuk menguji suami masing-masing dengan menggunakan FB kerana mereka mula mergaui kejujuran pasangan sendiri. Mereka telah mencipta akaun palsu untuk mendekati suami masing-masing iaitu Haris dan Hadif.

Pelakon
Aqasha, Dira, Erry Putra, Fouziah Ghaus, Iqram Dinzly.



Sebuah drama yang menampilkan idea segar dengan menggunakan laman sosial sebagai jalan cerita utama dan disebalik laman sosial itu pelbagai kisah suka dan duka yang boleh kita boleh saksikan. Barisan-barisan pelakon yang membintangi drama ini juga sudah ada nama yang kukuh dalam industri dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Drama ini sesuai untuk tontonan semua. Walaupun anda semua ketinggalan ketika ia ditayangkan di kaca televisyen anda boleh menyaksikan di Tonton . Senang sahaja pastikan anda ada akaun, kalau belum ada register dengan mudah dan search Aku, Dia & FB.
Selamat menonton !




Azura - Shahrizal Jaszle



Penutup bagi siri Road Tour Filem Azura 2012 adalah apabila teraju utama filem ini iaitu Shahrizal Jaszle menyampaikan lagu Azura bersama-sama seorang lagi pentanyi,Ikhsan yang turut sama-sama dalam siri jelajah Azura 2012 ini. Not bad. Walaupun Shahrizal adalah seorang pelakon dan bukan seorang penyanyi namun inilah namanya kejutan dalam siri promosi filem Azura 2012 ini apabila beliau menunjukkan bakat beliau dalam menyampaikan lagu Azura.Boleh tahan juga suara Shahrizal..




Road Tour Filem Azura 2012

Baru-baru ini berlangsung Road Tour Filem Azura 2012 yang diadakan di Berjaya Times Square pada 28hb & 29hb Januari 2012. Setelah menjelajah beberapa buah negeri, Berjaya Times Square menjadi lokasi terakhir bagi siri jelajah mempromosikan filem Azura 2012 yang menjengah ke pawagam pada 2hb Februari 2012.







Anda sudah menonton filem Azura 2012 ?




Monday, January 30, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26)

Juara - Awan Nano ( Hafiz)
Naib Juara - Beribu Sesalan (3 Suara Shila,Ning,Jac)
Ke-3 - Karma (Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik - Kisah Hati (Alyah)
Vokal Terbaik - Awan Nano (Hafiz)

Tahniah buat Datuk M.Nasir kerana lagu ciptaan beliau berjaya menjuarai AJL ke-26 kali ini dengan melodi yang cukup indah ditambah pula dengan lirik ciptaan Budi Hikayat yang memberi 'jiwa' ke atas lagu tersebut . Hafiz berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sekali dan beliau memang layak diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam tersebut. Apa-apapun tahniah buat kesemua finalis yang bertanding pada malam AJL26.Moga industri muzik kita akan terus berkembang selepas ini.




Friday, January 27, 2012

Senarai Top 5 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011

Mungkin ada diantara korang yang tertanya-tanya tentang barisan artis yang tercalon dalam top 5 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011.Berikut senarai top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingan dan akan diumumkan Sabtu ini 28hb Januari 2012 pada jam 7.30mlm - 11.00mlm semasa konsert berlangsung. Pilihan korang ?



video credit to : MediaHiburan