Followers

Thursday, November 17, 2011

Si Tudung Tweet


16 November 2011 tepat jam 8.30 malam sebuah telemovie menarik disiarkan di TV9 berjudul Si Tudung Tweet. Telemovie yang idea asalnya dicetuskan oleh Liyana Jasmay dan Tam Suhaimi ini dilakonkan oleh Liyana Jasmay sendiri, Juliana Evans, Izzue Islam(juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Forteen), Natasha Hudson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Jom kita luang sedikit masa untuk membaca satu persatu sinopsis telemovie ini dibawah.

SINOPSIS SI TUDUNG TWEET
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.
Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.


Yang menarik tentang telemovie ini sudah tentu berkisar kepada dunia remaja di kolej ditambah lagi dengan penggunaan medium social network yang diketengahkan dalam telemovie ini seperti facebag dan twitjer (oh ya penggunaan facebag dan twitjer mungkin dicetuskan sendiri oleh penulis skrip tetapi konsepnya tetap sama seperti facebook dan twitter, sudah tentu ini adalah telemovie jadi mungkin penulis skrip ingin menampilkan sedikit kelainan dari segi penggunaan kata).Liyana Jasmay sendiri sebagai Zubaidah memegang watak pelajar bertudung dan merupakan subjek utama dalam telemovie ini. Gelagat pelajar-pelajar kolej dalam kehidupan seharian di kolej dan di asrama dipaparkan dalam telemovie ini. Pelbagai kisah pahit,manis,suka dan duka yang akan anda lihat dalam telemovie. Harus anda tonton jika anda mahu melihat satu kelainan yang ditampilkan oleh cerita ini. Kelainan yang dimaksudkan adalah sekumpulan pelajar jurusan fesyen yang berdepan depan konflik yang dicetuskan oleh mereka sendiri hasil social network.
Tonton sampai habis dan tamat cerita pasti ade mesej yang berguna untuk kita semua.

Untuk mereka yang terlepas melayari telemovie ini boleh tonton secara online di http://www.tonton.com.my





Wednesday, November 16, 2011

Separuh Akhir Muzik-Muzik 26

Mungkin ada diantara kita yang masih bertanya kepada encik google tentang separuh akhir Muzik-Muzik 26 dan senarai lagu-lagu yang bertanding di separuh akhir dan lagu mana yang bertanding di minggu ni minggu lagi satu dan sebagainya. Di sini aku share senarai lagu-lagu yang bertanding mengikut minggu. Memang sudah ada di carian google tapi tak salah kalau aku menambahkan lagi bukan ?


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 minggu 1
18 November 2011

1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah



Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 minggu ke-2
25 November 2011

1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)
2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
4. Luar Biasa (Shahir)
5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Nubhan)
6. Cinta Teragung (Hazama)
7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)
8. Sungai Lui (Aizat)
9. Bagaikan Bidadari (Tomok)
10. Ilusi (Adira)
11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)



Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 minggu ke-3
2 Disember 2011

1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Penakut (Yuna)
3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)
4. Bila Bertemumu (Shiha)
5. Cinta Matiku (Sixth Sense)
6. Karma (Faizal Tahir)
7. Menyesal (Sitxh Sense)
8. Aku Permata (Salma)





Thursday, November 10, 2011

Telemovie Kekasih Awal Dan Akhir


Pada 9 November 2011 lepas, TV9 menayangkan satu telemovie berjudul "Kekasih Awal Dan Akhir" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Siti Saleha dan Fouziah Gous. Menariknya ini adalah telemovie pertama yang diarahkan oleh Aaron Aziz sendiri.

Jom kita ikuti sinopsis telemovie ini

‘Kekasih Awal dan Akhir’ menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat. Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung. Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.


Sekalung tahniah buat Aaron Aziz kerana memberanikan diri ke dunia pengarahan..setidak-tidaknya Aaron Aziz juga membuktikan bahawa beliau bukan sekadar boleh berlakon tetapi mampu juga duduk di atas kerusi pengarah. Percubaan pertama beliau tidak menghampakan. Siti Saleha yang meninggalkan impak dikalangan penonton setia drama Nora Elena kembali bergandingan bersama Aaron Aziz. Nyata keserasian gandingan ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang punya 'chemistry' dan inilah yang penonton nanti-nantikan.Kesudahan telemovie ini sungguh tidak diduga sama sekali. Cinta kadangkala memerlukan pengorbanan. Nak tahu kesudahannya ? Senang sahaja, bagi anda yang terlepas menonton telemovie ini jangan lupa boleh menonton secara online di http://www.tonton.com.my





Tuesday, November 08, 2011

Top 5 Festival Filem Malaysia ke- 24 (FFM 24)

Berikut adalah senarai top5 bagi beberapa kategori utama untuk Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) dimana tarikh kemuncaknya berlangsung pada 20November 2011 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bakal disiarkan secara langsung melalui Astro Prima dan RTM1.

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:

Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy

Irzan Shah – Cun

Erynne Erynna – Damping Malam

Ilyas Suhaimi – Nur Kasih

Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi


Pelakon Harapan Lelaki Terbaik:

Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh

Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster

Arja Lee – … Dalam Botol

Adey Syafrien – Flat 3A



Pelakon Harapan Wanita Terbaik

Nadia Nisaa – Cun

Shera Aiyob – Karak

Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta

Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP

Sara Ali – Nur Kasih



Lagu Tema Terbaik:

Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih

One Nation Emcee – Klip 3GP

Yasin – Nur Kasih

Azry dan Ari – Sekali Lagi

Syamsir – Sini Ada Hantu


Kostum Terbaik

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KL Gangster

Kongsi (Nur Diana Arshad)

Merong Mahawangsa



Penataan Bunyi Terbaik

Brian Ng – Flat 3A

Sazali – Merong Mahawangsa

Hisyam – Khurafat

Hisyam – KL Gangster

Dustin – Nur Kasih



Cerita Asal Terbaik

Mamat Khalid – Hantu dalam Botol Kicap

Syamsul Yusof – Khurafat

Syamsul Yusof – KL Gangster

Martias Ali – Libas

Mira Mustaffa – Nur Kasih



Lakon Layar Terbaik

Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa

Syamsul Yusof – KL Gangster

Syamsul Yusof – Khurafat

Farid Kamil – Kongsi

Mira Mustaffa – Nur Kasih



Sinematografi Terbaik

Daven Raghavan – Cun

Mohd Noor Mohd Kassim – Merong Mahawangsa

Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat

Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas

Norhanisham Muhamad – Nur Kasih



Penataan Seni Terbaik

Anuar Paharudin – Mantra

Anuar Paharudin – Flat 3A

Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa

Faizal Yusof – KL Gangster

Irwan – Cun



Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster

Faezah Elai – Cun

Ogy Datuk Ahmad Daud – Dalam Botol

Sherry Merlis – Janin

Sabrina Ali – Khurafat



Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Hasnol Rahmat – Mantra

Sofi Jikan – KL Gangster

Khir Rahman – Merong Mahawangsa

Syed Asri – Hantu Kak Limah Balik Rumah

Salehudin – Hantu Bonceng



Pelakon Wanita Terbaik

Maya Karin – Cun

Shahreza – Janin

Tiz Zakiah – Nur Kasih

Lisa Surihani – Sekali Lagi

Liyana Jasmay – Senjakala



Pelakon Lelaki Terbaik

Syamsul Yusof – KL Gangster

Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah

Shaheizy Sam – Kongsi

Remy Ishak – Nur Kasih

Zahiril Adzim – Senjakala



Pengarah Terbaik

Osman Ali – Cun

Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah

Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa

Syamsul Yusof – KL Gangster

Ahmad Idham – Senjakala



Pengarah Harapan

M. Suurya - Sumpahan Puaka

S.Baldev Singh - Rasuk

Jeffrey Chiang - Dilarang Masuk

Khir Rahman - Dalam Botol

Jurey Latiff Rosli - Libas





Monday, November 07, 2011

Elena

Elena

Berbisik hatiku mendengar suaramu...
Kan ku ukirkan ia menjadi pepohon yang mekar..
Berkembang mekar menjadi lukisan..
Biarkan ia pergi..
Pergi meninggalkan kita..

Ohhh..ke mana yang kau bawa..
Aku menemani..Aku mendengar suaramu..
Elena dikaulah permaisuri hati..
Engkaulah pujaan yang diimpi..
Biarkan masa berlalu..tidak ku kejari..
Ku tahu ku bukan yang terbaik..

Elena..biar gambar mu ku ukir..
Menjadi mainan hati ini..
Ku senyum melihatnya
Tanda ingatan..ku doa agar engkau kan bahagia..


Coretan malam ini by : Romi Zunaidi
-bila jari menaip minda aku hilang seketika..
-07 Nov 2011