Followers

Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Putus Tunang

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.



Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.


Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.



Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

Sumber : HarianMetro 31Julay 2011
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadaorangketiga/Article/artikelMA





Wednesday, July 20, 2011

Kil Movie 2011

Coming soon

Official trailer - Kil Movie


A feel good movie about a suicidal young man called KIL

A film by Nik Amir Mustapha

Visit http://kilmovie.com/

Link




Thursday, July 14, 2011

Karam



Lagu dulu-dulu yang ku masih memberi kesan kepada diriku
Karam-Zabarjad

Bila wajahmu hilang dimata...

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia VS Arsenal



Hari ini hari permulaan..13July 2011 dimana skuad Malaysia tumpas kepada Arsenal 4-0.Aku baru sahaja pulang dari stadium menyaksikan perlawanan ini.Minit 80 aku sudah keluar stadium terlebih awal.Faham-faham je la kalau lambat memang lenguh kaki nak hadap dgn jem yang amat.Tapi biasa kalau game hujung minggu aku tak berapa kisah sangat.
Bagi yang ingin menyaksikan ulang tayang kesemua gol tersebut aku ada share link video di atas.Sebenarnya aku tak mengharap Malaysia akan menang pun sebab diatas kertas skuad kita bertemu dengan Arsenal sekadar untuk menimba pengalaman.Sebenarnya bukan mudah untuk menerima kunjungan kelab-kelab luar seperti Arsenal.Banyak peminat-peminat bolasepak dinegara kita menyanjung tinggi kelab-kelab seperti Arsenal,Liverpool,Man Utd,Chelsea dan banyak lagi kelab-kelab ternama malah beberapa pemain berstatus bintang dalam kelab tersebut menjadi idola peminat kita.Bukan senang nak lihat mereka beraksi didepan mata.Tak semua dari kita yang berupaya pergi ke UK bukan?Termasuklah aku jadi matlamat sebenar aku datang game malam ini sekadar untuk melihat kelab seperti Arsenal beraksi didepan mata.Jangan silap ya aku bukan peminat sejati Arsenal..aku dari dahulu sudah sebati meminati Liverpool.Cuma macam aku cakap tadi bukan senang nak menyaksikan mereka beraksi didepan mata jadi mana-mana kelab yang datang pasti aku datang tonton.
Apa-apa pun tahniah buat skuad Harimau Malaya yang sudah berusaha keras.Di atas kertas kita memang sah-sah bukan tandingan mereka kerana perlu diakui akademi bolasepak Arsenal antara akademi bolasepak terbaik didunia.Banyak yang perlu kita belajar dari mereka dan ini memerlukan masa yang panjang untuk mengangkat martabat bolasepak kita.
Okay jumpa lagi dalam coretan akan datang.Majulah sukan untuk negara.




Tuesday, July 12, 2011

Hanyut



Dalam banyak-banyak video Faizal Tahir-Hanyut aku suka versi yang ini.Kenapa?Jangan membezakan dari segi lagu kerana ia tetap sama cuma yang aku maksudkan adalah kerajinan kita mengEDITkan paparan-paparan menarik untuk dijadikan video. Sangat kreatif bukan?Bukan susah mana pun..guna sahaja software yang melambak.Cuma rajin atau tidak sahaja.

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

aku suka rangkap lirik ini. berapa ramai dari kita bila bangun sahaja teringat orang tersayang?tak semua bukan?bermacam-macam jenis,rasa dan benda yang menghantui seseorang.
Oh tiba-tiba aku teringatkan seseorang.Sekali lagi fikiranku terganggu...





Sunday, July 10, 2011

Emosi aku tidak stabil

Entah kenapa sejak kebelakangan ini emosi aku tidak tentu arah tujuannya..seperti berlegar-legar dgn arah tujuan yang tidak pasti ke destinasi.Tiada titik noktah..Mungkin disebabkan si dia yang baru ku jumpa. Entah lagi kenapa bila berdepan seperti terpaku melihatnya..sayangnya si dia sudah berpunya bila aku selidik. Ya memang secara kebetulan aku mengetahuinya namun perasaan ini sukar dibuang.Sukar aku untuk melupakannya. Tiap-tiap minggu pasti aku akan bertentang dengannya. Semuanya secara kebetulan dan bukan aku yang merancang akannya. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari esok walaupun sukar untuk aku menerima hakikat bahawa dia bukan milikku.