Followers

Wednesday, January 26, 2011

Gemilang

Pada sahabat-sahabat sekalian..
Entah bagaimana ketika aku melayari FB..aku terjumpa sumone dlm list friend aku menjadi fan tuk page Gemilang..aku pun masa tu blur..so tibe2 boleh terlintas dalam kepala otak aku nak usha apa mende tu..rupanya tentang drama yg baru dimainkan di kaca tv.
Bermula 24/1/2011 pd pukul 9mlm setiap hari Isnin sahaja..berjudul Gemilang..melihat dari feedback ramai yg ckp cite ni best..
So aku bukak website tv3 online nak kejar balik episod 1...
Fuh sungguh menyayat hati..Episod 1 pun dah best..terus buat aku nak tengok episod seterusnya.. Ketika ni baru 2 episod sudah ditayangkan...

Shahz Jaszle, Kamal Adli dan Tiz Zaqyah menerajui cerita ini..

Menonton episod 1 membuatkan aku terdiam sejenak..membuatkan kita terfikir akan kehidupan kita semasa kecil

Romi Cakap - Mari kita tonton.





Monday, January 24, 2011

Akademi Fantasia 9 kini kembali

Sedar tak sedar program realiti paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia memasuki musim ke-9 pada tahun ini. Berikut info mengenai AF9.
Pada yang berminat untuk mencuba nasib jangan lepaskan peluang. Mana tahu rezeki korang.

LOKASI UJI BAKAT

Berikut adalah lokasi-lokasi uji bakat:

28, 29 & 30 Januari 2011
(Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang) Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah

11, 12 & 13 Februari 2011
(Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 - 45 tahun (warganegara Malaysia & Singapura)

buat kali pertama ujibakat online diperkenalkan..layari http://www.akademifantasia.com.my untuk maklumat lanjut.

Romi Cakap - Siapa bakal pengetua untuk musim ini ??





Ngangkung & Hantu Kak Limah Balik Rumah

Blogku baru bernafas semula..Bukan baru dibina tapi melalui proses perubahan dimana aku nekad membuang segala segalanya kandungan penulisan aku 3 tahun sudah..aku pun lupa bila tarikh tepat aku start memblogkan diri..


Ok langsung terus ke cerita yg hendak disampaikan..
Aku ingin menyatakan tentang dua buah filem yang baru ditayangkan ..tidaklah baru sangat tetapi kalau sebulan dua boleh dianggap baru..
Menariknya jarak tayangan antara kedua dua buah filem tidaklah jauh tetapi kutipan amat amat memberangsangkan...nampaknya minat penonton utk menonton filem melayu di panggung makin tinggi dan mereka tidak kisah jika dalam sebulan contohnya lebih dari sebuah filem melayu ditayangkan di panggung.
Sudah tentu menepati citarasa penonton...tahniah buat tenaga kerja produksi filem tersebut.
Aku pun suka dengan kedua dua filem ini. Tiada jawapan yg lebih tepat dan mendalam untuk aku huraikan tentang kenapa aku suka. Just a simple answer..SUKA dan SUKA.


Romi Cakap - Tunggu Hikayat Merong Mahawangsa Bulan Mac Ini





Permulaan

semua entri lama sudah dibuang dan dicampakkan..
yang tinggal hanyalah permulaan dan kehidupan baru..