gravatar

Di Sebalik Cahaya

Siapa kata aku tidak boleh "menulis"?



Di sebalik cahaya itu
Aku memandang
Aku melihat
Pandanganku agak kabur sekali
Sukar untuk mentafsir
Sukar untuk mengerti
Waktu berlalu begitu pantas
Tanpa kau mampu melengahkan ia

Di sebalik cahaya itu
Aku membuang ketulan ketulan asap
Berkumpul memenuhi segala ruang
Di sekelilingku
Itu yang ku fikir
Yang tidak dijangkau
Mana aku tahu

Di sebalik cahaya itu jugalah
Aku menulis
Aku berfikir dengan fikiran yang malas
Rajin hanya pada tangan
Walhal hanya minima otak yang dikerah

Aku rungsing
Celaru
Fikiran berkecamuk
365 hari bukan
24 jam sehari bukan
tolak campur tambah
aduhh aku bermain dengan angka

Aku teringat akan satu peristiwa
9 tahun lepas barangkali
Apakah aku berdosa
Membuat kecelakaan sebegitu rupa
Aku bersalah
Dan hari ini ku ingati ia
Tidak akan terluput dalam ingatan aku

Hari ini.
Aku tersenyum
Aku gembira
Aku dan apa apa sahaja
Tiada titik noktah dalam fikiranku
Noktahnya hanya pada penulisan ini
Satu lakaran yang tidak memberi satu kepuasan
Hanya meluahkan apa disebaliknya

Selamat Malam Semua

Ditulis pada 1 pagi, 16 June 2009 @RomiFlizz